Rawatan Resdung Di Shah Alam راوتا ريسدوڠ د شاه عالم Di METIA@SHAH ALAM SEK 13 Hubungi 0192827288 En Li / 0193003806 (Puan Noor)

Saturday, 3 September 2016

*PEMERIKSAAN RESDUNG ADALAH PERCUMA!!!

KOS RAWATAN (buang lendir berkuman)

  1)     Dewasa                                             : RM 50.00

  2)     Kanak-kanak (12thn kebawah)       : RM 30.00


SUPPLIMENT  YANG DICADANGKAN
PAKEJ RESDUNG
1.     MANNA PLUS                                             67.00
2.     NAFAS                                                        48.00
3.     SEMA                                                          48.00
4.     SEMALU                                                     48.00

JUMLAH                                                         211.00




PANTANG

Pada 2 perkara :
1)     Makan dan minum :
-          -Air batu, air sejuk dan semua makanan yang disejukkan dalam peti ais.
-          Makanan yang sifatnya sejuk,  contoh : tembikai, nangka dan cempedak.
-          Makanan yang diperam, contoh : budu, cincalok, belacan dan ikan pekasam.
-          Makanan pedas.
-          Makanan laut (sea food).
-          Makanan berasaskan telor.

2)     Suasana persekitaran :
-          Jerebu, berasap dan berabuk.
-          Terdedah pada keadaan  terlalu sejuk yang berpanjangan.
-          Memelihara binatang peliharaan, contoh : kucing.
# Pastikan :
-          Sentiasa memakai penutup hidung bila terpaksa berada di kawasan yang berjerebu, berasap dan berabuk.
-          Bilik dan tempat tidur sentiasa bersih.
-          Sarung bantal dan cadar dibasuh setiap 3 hari dengan antiseptic.
PERINGATAN PENTING!!!!
Peningkatan tahap kesihatan resdung anda adalah bergantung kepada SEMUA perkara yang disebutkan diatas.

GAMBAR RAWATAN











HUKUM KETIKA PUASA

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramadhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.


Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam rongga hidung (resdung) proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur serta perkara-perkara seumpamanya.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam rongga tersebut, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. 
Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa).

Sunday, 28 August 2016

KAEDAH RAWATAN




KAEDAH RAWATAN RESDUNG DI NUR'IZZAT

1)     Mengeluarkan lendiran berkuman yang berkumpul dirongga sinus dengan  sedikit rangsangan menggunakan herba kering di hidung.

2)     Kaedah ini digabungkan dengan pemakanan tambahan (supplement) bernutrisi tinggi untuk tujuan penyembuhan dari dalam.


3)     Diikuti dengan berpantang.



SIAPA YANG TIDAK LAYAK UNTUK RAWATAN RESDUNG?


1  1 )    Pengidap sakit jantung.


     2)    Pengidap Asma yang teruk.


     3)    Wanita mengandung.


     4)    Ada melakukan pembedahan di bahagian badan dan    tempoh masa antara pembedahan dan hajat membuat rawatan resdung sangat rapat.


     5)    Pengidap G6PD / Anemia (kurang sel darah merah). 
                                                          PERINGATAN!!

Anda tidak boleh buang lendir atau mukus secara luaran sahaja.
Seperti yang anda ketahui, resdung bermula apabila berlaku jangkitan di rongga sinus anda.
Maka, kekuatan antibodi sebagai perisai dan askar-askar yang hendak menentang virus atau kuman ini perlu.
Kekuatan dalam juga perlu. Kuat dalam baru kuat luar!!!


PRODUK YANG BIO YANG DIFORMULASI DARI REMPAH RATUS KEKACANG DAN BIJIRIN DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMMUNE BADAN!..

Pengenalan




LENDIR RESDUNG 


Terapi pembuangan lendir resdung adalah proses dimana lendiran berkuman yang terperangkap di ruang sinus dibuang dan dikeluarkan. Lendiran inilah punca kepada masalah resdung. Apabila punca resdung ini dibuang maka insyallah masalah resdung itu sendiri dapat diatasi. Jangan berlengah untuk melakukan terapi pembuangan lendir resdung kerana masalah ini mungkin akan semakin parah jika dibiarkan.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)

  • Hidung selalu tersumbat.
  • Lendir dari hidung dan tekak.
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata.
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan.
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

KEMUDARATAN RESDUNG

  • Sakit tekak yang kronik.
  • Jangkitan tulang muka.
  • Menerukkan keadaan lelah.
  • Berdengkur yang kronik.
  • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil.
  • Alahan hidung.
  • Selesema biasa yang melarat.  

 Kami beroperasi setiap hari dari pukul 10:00 pagi hingga 5:00 Petang
Isnin Cuti

ڤوست راوتن نورءعزت شاه عالم